Saturday 29 December 2012

Seteguk Tips: Interview Skills

Assalamualaikum Uoolllssss~
Harini aku nk cerite sket pasal tips untuk interview. Kire skills yang korang perlu adelah. Tips ni jugak untuk peringatan kpd diri aku sendiri yang tak lame lagi bakal meninggal kan "Comfort Zone".

"Halu, leh tak kamu bagitahu saya apa itu comfort zone?"

Alaaa..nak dipendek kan cerita korang boleh tanya kawan korang yang hensem n cantik lagi bergaya yang tengah ada kat sebelah korang tu. Yang tengah meniarap sambil tengok korang bace blog aku yang tak seberapa ni laa. hee~Sebenar nyer comfort zone same je la dengan student. haha~

Ok la~ Sebenar nyer banyak skills yang kene ada pada diri kita kan. Tapi untuk interview, yang wajib ada pada korang n diri aku ni ialah communication skills, analytical skills, thinking skills, professionalism n energy.



1- Communication skills

Semua orang tahu yang skil komunikasi ni tersangat lah penting dalam kehidupan kita. Betulkan. Dalam interview, uoollss kena focus untuk bahagian presentation skills, skill ni kena setaraf dengan apa yang korang bakal kerja nanti. Maksud aku kat sini la kan, sebagai bos, apa yang dia nak n harapkan dengan pekerja dia? Mestila dia mengharapkan korang dapat menjelaskan kepada orang tertentu atau pelanggan, kenapa kita kena ambil langkah ni, n kenapa tak boleh ambil langkah tu dan apa yang kita syorkan pada pelanggan kita adalah yang terbaik untuk pelanggan kita.

Dalam komunikasi ni, uoollss kena focus dengan cara uoollss bercakap. Kadang-kadang kita tak sedar yang kita bercakap lebih laju dari cara yang biasa kita cakap. Kita juga kena menjadi seorang yang boleh menyuarakan pendapat. Kalau boleh elakkan daripada orang yang interview kita rasa macam dia cakap sepatah n kita jawab sepatah. Selalu nyer orang yang interview kita akan tanya yang kita ada apa2 soalan tak untuk dorang. So masa tu korang kena tanya die macam macam. tanya detail pasal aspek organisasi syarikat dengan product n perkhidmatan diorang. Uoollss jugak boleh tanya pasal komuniti, latihan yang diorang berikan dan detail tentang suasana kerja.







2- Analytical Skills

Selalu nya orang yang interview kita nak lihat sejauh mana kita punya analitikal skil. Diorang nak lihat macam mana kita menyelesaikan masalah, cara kita menganalisis masalah dan buat anggapan yang munasabah dan apa yang dapat kita conclude atau rumus kan dengan masalah yang diberi. Uoollss juga kena dapat mengesahkan hujah hujah yang uoollss dah kemukakan sebelum ni k.

3- Thinking Skills

Skills ni korang semua mesti dah tahu kan. Even kalau budak kecik pon dah ada thinking skills ni betul tak. Kalau kita lihat balik maksud kemahiran berfikir ni kan, kemahiran berfikir ni dia merujuk kepada keupayaan seseorang itu berfikir dengan bersungguh-sungguh untuk mencapai sesuatu tujuan tertentu. Kemahiran ni boleh jadi macam-macam taw sama ada dengan cara uoollss mengingati, mempersoalkan, membentuk sesuatu konsep, apa yang uoolss plan dan fikir, selesaikan masalah, dan banyak lagi laa.kalau nak cakap, esok pon belum tentu aku leh publish lagi post aku yang ni..haha~

Ok~ sebagai seorang interviewer, mereka (uiisshh, aku guna ayat "mereka" tu..haha~) ni selalu je tengok korang punya kebolehan berfikir diluar kotak ni taw. Mereka nak tengok jugak macam mana uoollss mengubah sesuatu kaedah kepada kaedah yang  lain yang munasabah atau pon korang bertanyakan sesuatu yang boleh mengubah sesuatu andaian yang dah dibuat atau yang ditanya oleh interviewer tu.



4- Professionalism 

Menurut kamus dewan bahasa dan pustaka, profesionalisme ni ialah sifat-sifat yang sewajarnya yang terdapat pada atau dilakukan oleh seorang profesional. Sifat -sifat ni termasuklah kemampuan, kemahiran, atau pon cara perlaksanaan dan lain-lain.

Kita mesti menjadi seorang yang profesional setiap masa. Orang yang interview uoollss mesti rasa yang uoollss boleh handle setiap situasi yang akan atau bakal uoollss tempuh bila mereka ambil uoollss bekerja dengan mereka. Uoollss jangan terlewat masa datang temuduga tu. Be punctual ok!! Tak ada orang pon nak ambil orang yang lewat bekerja. Tapi kalau dah nama rezeki tu, Alhamdulillah lah~hee~ haa, sebelum aku terlupa, uoollss kena ingat untuk membawa semua barang atau keperluan yang uoollss perlukan untuk temuduga ni taw. Kalau tetibe lak uoollss mintak pen dengan kertas dekat orang yang temuduga uoollss tu tak ke naya. haha~

5- Energy 

Semasa uoollss ditemuduga kan, uoollss kena ingat untuk sentiasa bersemangat dan bertenaga. Jangan la korang macam tak makan berminggu-minggu pulak ek..haha~






p/s: Semoga uoollss berjaya dalam temuduga uoollss k.

Tschuss~

Friday 28 December 2012

blog zaman batu

Assalamualaikum Uollsss..
haha..

dah lame giler aku tak update blog ni kn..
Boleh kate dah berzaman la kan blog ni ditinggakan..
Damn..blog aku ni zaman batu ker..nak tulis pon mcm kikis kat batu jer..

Bukan ape, bajet bz memanjang..haha..
Lepas ni aku cube lagi mengupdate lebih bnyk entry k..
btw, sorry~
haha

tschuss~


Saturday 23 June 2012

Seteguk comix: fikir luar kotak

Assalamualaikum ~

Hai semua, tengah rajin mengupdate blog ni..so ni comix terbaru dari gue..
harap korang enjoy k~





Tschuss~

Germany VS Greece euro 2012

Assalamualaikum~

Hai all~

Hari ni nak update siket tentang game jerman semalam memandang kan aku ni peminat setia jerman kan.aceh~

Germany VS Greece dalam quarter final, kemenangan berpihak kepada german dengan 4 jaringan berbalas 2. Bawah  ni kire summary goal yang diorang ni buatlah..

Germany vs Greece 1-0 (Philipp Lam 39')
Germany vs Greece 1-1 (Samaras 55')
Germany vs Greece 2-1 (Sami Khedira 61')
Germany vs Greece 3-1 (Miroslav Klose 68')
Germany vs Greece 4-1 (Marco Reus 74')
Germany vs Greece 4-2 (Salpingidis 89')




Ni highlight yang aku amek dari ternet.harap korang enjoy k~


Germany VS Greece Full game highlight


Germany VS Greece goal highlight




Harap semua penyokong jerman terus bersorak..
hehe~

p/s: Tak sabar nak tengok game malam ni. Spain VS France.
Agak-agak sape menang ek??

Tschuss~

Friday 22 June 2012

Quote 1: Kuatkan semangatku

Assalamualaikum~

Hi all's dah lame dah aku x update blogkn..
so nak update la ni..hee~
Quotes~


Yakinlah kepada  Tuhan
Tidak semua yang kita rancang menjadi kenyataan
kerana itulah fitrahnya
atau tiba2 sahaja halangan mendatang
kita harus percaya ini tidak bermakna berakhir segala-galanya
dan akhirnya kita akan muncul ditangga teratas
jadi biar apa yang kita lakukan 
jangan mengalah
kita mesti teruskan usaha
biar bagaimanapun hidup kita beredar
kerana apa yang menanti kita dihadapan sana
tiada siapa yang tahu
kita harus percaya
bahawa yang baik itu pasti akan menang
dan tidak lama lagi
ada sebab untuk kita bergembira
jadi biar apa pun yang kita lakukan
jangan mengalah!!

tschuss~

Wednesday 14 March 2012

one in a million-neyo

Assalamualaikum~

Hai semua~
nak korang semua layan lagu ni~

Especially YOU my dear~

ni lyric die k~

JetsetterGo get herNothing better.
Call me Mr. been there done thatTop model chick to your every day hood ratLess than all but more than a fewBut I've never met one like you
Been all over the worldDone a little bit of everythingLittle bit of everywhereWith a little bit of everyoneAll the girls I've been withThings I've seen it takes much to impressBut sure enough your glow it makes your soul stand out from all the rest, baby.
I could be in loveBut I just don't know (don't know, girl)Baby one thing is for certainWhatever you do is workingOther girls don't matterIn your presence can't do what you doThere's a million girls around but I don't see no one but you
Girl you're so one in a millionYou areBaby you're the best I ever hadBest I ever hadAnd I'm certain thatThere ain't nothing betterNo there ain't nothing better than this
You're not a regular girlYou don't give a damn about the lootTalking about I can't do for youBut you can do for yourselfEven though that ain't soBaby cause my dough don't know how to endBut that independent thing I'm with itAll we do is win baby
I could be in loveBut I just don't know (don't know, girl)Baby one thing is for certainWhatever you do is workingOther girls don't matterIn your presence can't do what you doThere's a million girls around but I don't see no one but you
Baby you're so one in a millionYou areBaby you're the best I ever hadBest I ever hadAnd I'm certain thatThere ain't nothing betterNo there ain't nothing better than thisGirl you're so one in a millionYou areBaby you're the best I ever hadBest I ever hadAnd I'm certain thatThere ain't nothing betterNo there ain't nothing better than this
Diamond girl,Only one in the world,Just one of a kind,She mine.
Ooh all that I can think about is what this thing could beA future babyBaby you're one of a kindThat means that you're the only one for meOnly one for me
Baby (girl) you're so one in a millionYou areBaby you're the best I ever hadBest I ever hadAnd I'm certain thatThere ain't nothing betterNo there ain't nothing better than thisGirl you're so one in a millionYou areBaby you're the best I ever hadBest I ever hadAnd I'm certain thatThere ain't nothing betterNo there ain't nothing better than this

Tschuss~

Tuesday 13 March 2012

SETEGUK COMIX++: SOLDIER

Assalamualaikum~

hai semua yang kool n gediks sekalian~

Ape kate korang layan ni~

soldier of fortune~



tschuss~

Wednesday 7 March 2012

SETEGUK COMIX: (REAL STEEL) NYANYI

Assalamualaikum~

hai sume yang kool n hot sekalian~

sori dah lame tak update.

jom layan comix ni~

dari film real steel~

layans~



ok tak? macam biase laa..komen kat bwh ni k~

Tschuss~

Sunday 4 March 2012

Jom nantikan Despicable Me 2

Assalamualaikum~

Bagi para penggiat filem animasi, Jom kita nantikan
"Despicable Me 2"
yang bakal ditayangkan pada 2013.

jom layan trailer teaser die dulu ye~


yang ni pon trailer teaser gak tapi bukan yang official laa..layans~



schuss~


Friday 2 March 2012

comix: y i like onepiece

Assalamualaikum~

Harini aku nak bawak korang menyelami dunia onepiece. 

Nak taw sebab ape aku minat? 

just layans k~





thanks to mangareader

schuss~

Tuesday 28 February 2012

Nak kurus??!

Assalamualaikum~

Hye semua yang kool n gediks sekalian~haha~ Ok, Hari yang indah ni saye nak cakap sesuatu yang berkisarkan tentang kurus.

Eh, kenapa cakap pasal kurus plak ni? Adoii.. Ko tu kurus sangat ker?

Err..aku ni takdelah kurus sangat..orang kate tough la..ade 6pax..eh, perAsan jap.hee~Ok2, berbalik kepada kurus tadi. sebenarnye nak kurus ni ade care n teknik tertentu. Kadang-kadang aku ade jer dengar perempuan cakap pasal diet, nak kurus laa n macam2 lagi la kan. So ape yang minah2 hot yang nak kurus ni buat? minahhot tak makan. So bile tak makan korang ingat boleh kurus ker? err..boleh. Boleh tu memang boleh tapi kurus dalam keadaan berpenyakit la kan.


Bukan makan camni untuk kurus


Amboi mr.S senang cakap. Abes tu ape care yang nak digunekan untuk kurus ni?

Jap. serius ker korang tanye aku camtu? haha~ macam doktor la pulak rasenyer..ahaks~ actually (speaking english la pulak) korang kene makan makanan yang seimbang taw. Dengan makan makanan yang seimbang ni korang boleh menjage diet yang seimbang untuk badan yang cergas n minda yang sihat. betul tak. Korang kene taw ape yang diperlukan banyak n ape yang diperlukan sedikit oleh badan kite yang smart n mantap ni.

tapi Makan camni untuk kurus.



 Lagi satu, badan korang tu kene la rajin rajin exercise bagi cergas n sihat. n korang boleh jer dapat badan yang mantap dengan exercise betul tak.

kalau aku makan produk-produk yang bagi kurus tu camne pulak?

Boleh jer. Aku tak halang pon. Tapi aku berase pelik laa, kalau korang makan bende tu tanpa senaman boleh kurus ker? lagi satu, korang kalau makan bende tu bukan ker memerlukan kite keluarkan duit yang lebih banyak berbanding ape yang patut kite makan harian? So daripada kite membazir beli bende tu, lebih baik korang jage pemakanan korang..haha~

Sebelum tuan hambe mengundur diri, sekali lagi aku nak memperingatkan korang especially gegerls yang kat luar sane, korang nak kurus BUKAN TAK MAKAN tapi korang kene JAGA PEMAKANAN. So mulai saat ni sesape yang pasang niat untuk nak makan, pegila makan k~hee~

schuss~

Monday 27 February 2012

SETEGUK COMIX: HENSEM

Assalamualaikum~

Hye semua penggiat seni comedi~
 Baik yang kool mahupun hot sekalian. 
Jom layan comix ni~





Comixed ni dari filem sherlock holmes gak..layans~

Kalau korang ni hensem n cantik, komen la yek..haha~

schuss~

Sunday 26 February 2012

Lawatan ke asrama~

Assalamualaikum~

Hai semua matbunga n minahduri sekalian . Harini aku nak cerita sikit tentang lawatan ke asrama Sekolah adik aku. Walawei, teringat lak time aku blaja dari form 1 sampai form 5 dekat sekolah berhostel ni. haha~ banyak kot aku blaja tentang hidup berdikari ni. Biasalah, name pon berjauhan dengan famili.hee~






Pagi tadi, aku melawat ke hostel adik aku bersama dengan ibu kesayanganku, macam biase laa. mesti la dah comfomkan tempat baru kitorang pergikan. Perancangan awal la katekan. Ok, bile sampai je sane, aku menunjukkan isyarat kat pakguard untuk aku masuk n aku terus masuk tanpa tunggu isyarat dari pakguard 2 sebab aku mlas sikit layan pakguard ni. lokek dengan senyuman.huhu. Selame ni jenuh aku senyum kat die tapi tak berbalas. bile die sembang dengan kawan die boleh lak senyum sampai ke telinga. Tak boleh blah lah die ni.



Sampai je kat sane, aku cadang nak panggil budak untuk buat announce untuk panggil adik aku. Tapi aku ternampak lak seorang budak ni dengan rambut yang tak bersikat tido kat satu kerusi ni. aku tengok, tengok n tengok rupenyer memang sah lah die ni adik aku. haha~ biaselah. baru lepas main pingpong la katekan even aku taw die ni heavysleeper.

So aku pon kejutlah die. Terkejut die tengok aku. haha~ ingat aku ni harimau ke terkejut sampai macam tu. Aduhai, adik adik. Nasib baik ko adik aku, kalau tak, dah lame aku tampar..hee~Aku pon ajak lah die makan barang yang mak aku bawak. Ala simple simple je. Bawak ayam nandos sekor..Err, ok aku tipu. Aku bawak keropok lekor ngan pulut kuning jer. Cukup la kan..

Pulut kuning tu mak aku beli saje la kan, nak makan ngan anak2 die. hee~Ok mase time makan tu, adik aku memulekan perbualan. Korang taw, ape die cakap? die cakap "hebat betullah adik". eh kenapa pulak kan. Tetibe jer die cakap camtu. rupe nye die nak bagitaw yang die dah makin hebat main pingpong.haha. Nak taw sebab ape??? Sebab die dah kalahkan beberapa orang akhi. Apa? Apa akhi? Oh, akhi tu abang la dalam bahasa melayu nyer. Die dah mengalahkan beberapa orang senior. Boleh tahan jugak adik aku ni kan.haha~

Pastu adela die cakap lagi, pasal kompang la, taekwando la n apentah aku pon tak ingat. Ha die ade jer cakap pasal hafazan die. Die dah semakin banyak la menghafaz Al-Quran. Waa, syukur dapat adik camni.. hee~ Aku pon tak taw la boleh lagi ke tak..hee..At least ade gak my sibling yg btol2 bagus dalam Islam ni kan. Esok esok senang la sikit. Ade pape leh la rujuk pade die kan..ahah!!


Ok la..Sampai sini dulu la ye. letih dah tangan ni nak menaip ni. Err..ok aku tipu lagi. Aku dah nak tutup jap ni. So nati kite berjumpe lagi ek..bersambung~  (eh, macam drama bersiri la pulak kan.)

schuss~

Saturday 25 February 2012

SELIPAR PUNCA PERGADUHAN

Assalamualaikum~

Halu semua matkool n minah gediks sekalian~

Petang tadi aku berdepan dengan situasi pergaduhan antara 2 puak iaitu puak T dengan puak M. Korang taw tak pasal apa diorang ni gaduh, semua nyer berpunca dari sepasang selipar berjenama X. haha~ pelik tak pelik..




Aku pon tak taw macam mane bende ni boleh berlaku, yang aku taw, tetibe je dorang ni bergaduh melalui percakapan dengan mengeluarkan kata2 yang kesat yang aku sendiri pon tak faham sebab akukan budak baik yang mengakibatkan tempat tu sangat sesak. Walawei, sebab selipar jer tempat ni jadi sesak habaq hang taw. haha~

Sebab ape boleh sesak?? biasalah, dalam pasaraya kot.haha semua yang lalu masing masing pasang telinge nak dengar cerite kan. hee~

Apa yang aku taw, T mengatakan bawaha M telah mencuri dan menukarkan kasut beliau dengan yang baru di tempat kerje beliau dan M menyangkal bende tersebut. So secara xlangsung T memanggil konco-konco nyer untuk memukul puak M dengan kata2. Puak M mula merasakan dirinya dihina. Lantas menghebohkan perkara tersebut kepada puaknya yang merupakan paparaji n mamaraji yang tak bergaji. Peperangan pon tercetus diantara puak T dan puak M. So bende ney pon berterusan n aku xtaw ape yang berlaku selepas tu..

Aku pon hampir jadi paparazzi ni tapi malas lak nak tunjuk kebolehan ni last last aku blah jer dari situ. aku ni  tak suke sgt ambil taw hal orang lain so aku blah je la sebelum aku mengeluarkan bahasa jerman aku. Baru  dorang taw.haha

schuss~

Result. oh result~

Assalamualaikum,

Hye semua yang kools n gediks sekalian.

Hari ni dengan rajin nyer aku nak menaip sikit perihal aku yang hensem ni. Bukan pasal diri tapi tentang result yang telah dikeluarkan rabu lepas.haha~

Korang semua mesti mendapat keputusan yang cemerlang gemilang n terbilangkan~ macam bawah ni kan~hee~




Aku nyer result sem lepas kurang memberangsangkan sebab bagi aku result aku tu tak cukup makan~haha..Ape yang dimaksudkan dengan tak cukup makan ni??Tak capai terget yang diingini la der.
Bercakap tentang result ni, bagi aku ia merupakan kayu pengukur bagi apa yang aku dah belajar. So kire nyer la kan, aku still kurang buat latihan n malas bace buku..hee~ mane nak tahan buku tebal tu korang nak bace (T.T)..Tambahan lak dengan kos yang aku amek sekarang ni amatlah mencabar kewibawaan aku..haha~


"Ko punya terget berape der?"

Eh, maneleh bagi taw. haha. Actually target aku comfom laa 4flat. tapi masih jauh lagi nak dapat pointer ni sebab setakat ni kawan aku sorang jer yang dapat camtu. Kalau tengok usaha die pon korang leh taw result die.haha~Dalam kelas mesti die je yang asyik tny lecturer. Tak berenti habaq hang. Sampai lecturer pon pening nak jawab.haha~




"Ko cakap orang usaha ko macam mane lak??"

Errr...Kene jawab ek. Ok2..Aku ni seorang yang boleh dikatekan rajinlaa sebab aku ni jenis slow learner sket. So aku kene usaha lagi keras daripada semua kawan2 aku yang superb genius. Tapi usaha aku 2 tak keras mane laa sebab tiap kali kawan ajak main dota jer aku pon 'on', ajak pergi makan pon 'on' jarang giler kot aku tolak..haha~

Aku dalam study ni berprinsip sket. Aku mst nak cari punce sebab ape jadi macam ni n sebab ape jadi macam tu. Mybe sebab sifat ni la aku sentiasa ketinggalan dalam kuliah..Dalam kuliah lak lecturer mengajar nonstop. So korang rase ape yang aku buat?? hee~

Berbalik kepada result, aku rase sem lepas ni tak berpihak kepada budak kelas aku sebab kalau tak silap aku semua jatuh dengan ade nyer subjek A and subjek B yang sangat n tersangatlah susah. Nasib aku baik sebab aku tak fail..haha~ Result ni pemangkin semangat aku untuk ushe lagi kuat..hee~

Ape2 pon babai sem lepas n welcome sem akan datang..haha~

schuss~

p/s: target sem depan nak usaha lebih kuat lagi n dapat tmpat praktikal yang best~

Friday 24 February 2012

SETEGUK DOA : DOA UNTUK IBU BAPA

Assalamualaikum~

Bagi semua yang beragama islam~
Hari ni teman nak kongsikan satu doa untuk kedua ibu bapa tercinta kita, sama ada masih hidup atau yang telah kembali ke rahmatullah~



Ertinya: Ya Allah! Ampunilah aku dan kedua ibu bapaku, dan kasihanilah keduanya sebagaimana mereka mengasihaniku sejak kecil.

Renung-renungkan dan selamat beramal~

schuss~

Thursday 23 February 2012

SETEGUK COMIX: (S.holmes) JAM

Assalamualaikum~

Haluu semua matbunga n minahduri sekalian~ 
Dah makan nasi ke belom?? haha~(pelik tak aku tanya camtu??)
Comix ni babak dari filem kesukaan korang sherlock holmes~
layans~



sebarang komen, sila hantar kat bawah ni ek~

schuss~

Tuesday 21 February 2012

SETEGUK COMIX: (THEBIGBANG) HERO

Assalamualaikum~

hye semua yang kool n gediks sekalian<<<<<<~,

memalam ni aku nak ajak korang bace comix ni~comix ni from the big bang theory season 4~ harap korang enjoy k~layans~



Sila sila kan lah komen kat bawah ni ek~

schuss~

SELOKA PAGI: NIQAB

Assalamualaikum

Hye semua koolman n hotgegerl~ haha~ Di pagi yang indah ni aku dengan niat yg baik memandangkan aku ni memang seorang yang baik, hatta, aku mengajak korang semua enjoy seloka ni taw. haha~ Harap korang sudi la ye~



Korang faham kan ape yang dimaksudkan~ Ok, korang nak taw tak sebab apa aku tunjuk ni..

sebab nyer, aku suke sangat orang yang pakai niqab ni. hee~ nampak comel n penuh misteri..hee~harap bagi yang hot kat luar sane sudi2 kanlah pakai niqab ni ye~cute sangat taw..hee~

schuss~

Sunday 19 February 2012

SETEGUK COMIX : KEROPOK

Assalamualaikum~

Hye semua matbunga n minahduri sekalian, yang ni daripada filem kickin it old school. Dah lama dah cerita ni~
tapi saje laa kan bagi korang tgk lagi..haha~

Harap korang semua layan jer comix ni k~




macam mane?? ok x? harap korang enjoy k~ Sila  beri komen k~

schuss~

Page facebook

Assalamualaikum..

hye semua matbunge n minah duri sekalian~
Aku nak ajak korang like page facebook aku ni,
bagi sesape yang minat laa~



Tak minat pn kalu sudi, sudi-sudikan lah haha~

ni aku nyer page link~

thanks bebanyak k~

schuss~

Saturday 18 February 2012

SETEGUK INFO : TOP10 TERKAYA DI MALAYSIA 2012

Assalamualaikum~

hai semua, especially to all matbunga n minahduri sekalian~
Hari ni berkisarkan tentang 10 orang yang paling kaya dekat Malaysia yang cukup indah lagi mempersonakan bagi sesiapa yang melihat keindahan nya.

Ok la, macam biase la kan, NI aku bagi korang tengok. Senarai orang paling kaya dekat malaysia.


  1. Robert Kuok – Wilmar International (aset RM45.7 bilion)
  2. T Ananda Krishnan – Maxis & Astro (aset RM42.99 billion) -
  3. Tan Sri Teh Hong Piow – Public Bank – (aset RM12.64 billion)
  4. Tan Sri Lee Shin Cheng – IOI Corporation Bhd (aset RM11.36 billion)
  5. Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary – MMC Corporation Berhad (aset RM9.53 billion)
  6. Tan Sri Quek Leng Chan – Hong Leong Malaysia (aset RM8 billion)
  7. Tan Sri Lim Kok Thay – - Gengting Group (aset RM7.58 billion)
  8. Puan Sri Lee Kim Hua – balu kepada Pengasas Genting (aset RM6.58 billion)
  9. Tan Sri Tiong Hiew – Rimbunan Hijau Group (aset RM6.41 billion)
  10. Ong Beng Seng – Grand Prix Formula One Singapore (aset RM4.92 billion)
Gempak kan. semua bilion jer..haha..

Cuba korang fikir, macam mane dorang boleh berjaya sampai macam ni sekali?

mestilah dengan usaha yang keras tanpa mengenal erti jemu kan. Segalanya bermula dari langkah pertama. Dan langkah pertama mesti dimulai dengan hati. So fikir fikirkanlah~

schuss~

p/s: tak sabar rasa nya nak masuk group kat atas ni~