Saturday, 29 December 2012

Seteguk Tips: Interview Skills

Assalamualaikum Uoolllssss~
Harini aku nk cerite sket pasal tips untuk interview. Kire skills yang korang perlu adelah. Tips ni jugak untuk peringatan kpd diri aku sendiri yang tak lame lagi bakal meninggal kan "Comfort Zone".

"Halu, leh tak kamu bagitahu saya apa itu comfort zone?"

Alaaa..nak dipendek kan cerita korang boleh tanya kawan korang yang hensem n cantik lagi bergaya yang tengah ada kat sebelah korang tu. Yang tengah meniarap sambil tengok korang bace blog aku yang tak seberapa ni laa. hee~Sebenar nyer comfort zone same je la dengan student. haha~

Ok la~ Sebenar nyer banyak skills yang kene ada pada diri kita kan. Tapi untuk interview, yang wajib ada pada korang n diri aku ni ialah communication skills, analytical skills, thinking skills, professionalism n energy.



1- Communication skills

Semua orang tahu yang skil komunikasi ni tersangat lah penting dalam kehidupan kita. Betulkan. Dalam interview, uoollss kena focus untuk bahagian presentation skills, skill ni kena setaraf dengan apa yang korang bakal kerja nanti. Maksud aku kat sini la kan, sebagai bos, apa yang dia nak n harapkan dengan pekerja dia? Mestila dia mengharapkan korang dapat menjelaskan kepada orang tertentu atau pelanggan, kenapa kita kena ambil langkah ni, n kenapa tak boleh ambil langkah tu dan apa yang kita syorkan pada pelanggan kita adalah yang terbaik untuk pelanggan kita.

Dalam komunikasi ni, uoollss kena focus dengan cara uoollss bercakap. Kadang-kadang kita tak sedar yang kita bercakap lebih laju dari cara yang biasa kita cakap. Kita juga kena menjadi seorang yang boleh menyuarakan pendapat. Kalau boleh elakkan daripada orang yang interview kita rasa macam dia cakap sepatah n kita jawab sepatah. Selalu nyer orang yang interview kita akan tanya yang kita ada apa2 soalan tak untuk dorang. So masa tu korang kena tanya die macam macam. tanya detail pasal aspek organisasi syarikat dengan product n perkhidmatan diorang. Uoollss jugak boleh tanya pasal komuniti, latihan yang diorang berikan dan detail tentang suasana kerja.







2- Analytical Skills

Selalu nya orang yang interview kita nak lihat sejauh mana kita punya analitikal skil. Diorang nak lihat macam mana kita menyelesaikan masalah, cara kita menganalisis masalah dan buat anggapan yang munasabah dan apa yang dapat kita conclude atau rumus kan dengan masalah yang diberi. Uoollss juga kena dapat mengesahkan hujah hujah yang uoollss dah kemukakan sebelum ni k.

3- Thinking Skills

Skills ni korang semua mesti dah tahu kan. Even kalau budak kecik pon dah ada thinking skills ni betul tak. Kalau kita lihat balik maksud kemahiran berfikir ni kan, kemahiran berfikir ni dia merujuk kepada keupayaan seseorang itu berfikir dengan bersungguh-sungguh untuk mencapai sesuatu tujuan tertentu. Kemahiran ni boleh jadi macam-macam taw sama ada dengan cara uoollss mengingati, mempersoalkan, membentuk sesuatu konsep, apa yang uoolss plan dan fikir, selesaikan masalah, dan banyak lagi laa.kalau nak cakap, esok pon belum tentu aku leh publish lagi post aku yang ni..haha~

Ok~ sebagai seorang interviewer, mereka (uiisshh, aku guna ayat "mereka" tu..haha~) ni selalu je tengok korang punya kebolehan berfikir diluar kotak ni taw. Mereka nak tengok jugak macam mana uoollss mengubah sesuatu kaedah kepada kaedah yang  lain yang munasabah atau pon korang bertanyakan sesuatu yang boleh mengubah sesuatu andaian yang dah dibuat atau yang ditanya oleh interviewer tu.



4- Professionalism 

Menurut kamus dewan bahasa dan pustaka, profesionalisme ni ialah sifat-sifat yang sewajarnya yang terdapat pada atau dilakukan oleh seorang profesional. Sifat -sifat ni termasuklah kemampuan, kemahiran, atau pon cara perlaksanaan dan lain-lain.

Kita mesti menjadi seorang yang profesional setiap masa. Orang yang interview uoollss mesti rasa yang uoollss boleh handle setiap situasi yang akan atau bakal uoollss tempuh bila mereka ambil uoollss bekerja dengan mereka. Uoollss jangan terlewat masa datang temuduga tu. Be punctual ok!! Tak ada orang pon nak ambil orang yang lewat bekerja. Tapi kalau dah nama rezeki tu, Alhamdulillah lah~hee~ haa, sebelum aku terlupa, uoollss kena ingat untuk membawa semua barang atau keperluan yang uoollss perlukan untuk temuduga ni taw. Kalau tetibe lak uoollss mintak pen dengan kertas dekat orang yang temuduga uoollss tu tak ke naya. haha~

5- Energy 

Semasa uoollss ditemuduga kan, uoollss kena ingat untuk sentiasa bersemangat dan bertenaga. Jangan la korang macam tak makan berminggu-minggu pulak ek..haha~






p/s: Semoga uoollss berjaya dalam temuduga uoollss k.

Tschuss~

No comments:

Post a Comment