Assalamualaikum~
1st skali aku mntk korang tlg doakan dan sedekahkan AlFatihah kepada datukku yang baru sahaja kembali ke rahmatullah pada 20 rabiulawal 1433 bersamaan 12 Februari 2012.
Semua orang pasti merasai mati dan mati itu pasti melainkan Allah S.W.T yang Maha mencipta. Kepada-Nya kita berserah dan kepada-Nya jualah kita meminta pertolongan.
Firman Allah:
"Setiap yang bernyawa pasti akan mati."(Ali Imran:185)
"Dimana sahaja kamu berada, mati pasti akan menjumpaimu, walau berada dalam mahligai yang kukuh dan kuat." (An Nisa:78)
KURANG KESEDARAN MENGENDALIKAN JENAZAH
Bila dah terjadi bende ni, baru aku sedar bahawa pentingnya kesedaran mengendalikan jenazah. Kebanyakan orang tidak boleh atau takut menguruskan jenazah atas beberapa sebab. Kat sini aku boleh bagi 3 sebab yang aku rasa agak utamalah~
1-Kurang minat untuk terlibat
2-Tak tahu cara menguruskan jenazah
3-Jahilan tentang agama
So apa yang kita patut buat, belajar dan mengamalkan pengurusan jenazah, especially golongan muda macam aku ni. Macam mana nak belajar? belambak ada buku dekat kedai buku berkaitan bende ni beli jer, gune voucher buku 1 malaysia pn boleh. Nak pergi kursus lagi bagus.
Ingatlah,pepatah arab ade menyebut ilmu tanpa amal umpama pokok tak berbuah.
PERSEDIAAN PERSOALAN
1-Adakah kamu meniggalkan dunia atau dunia meniggalkan kamu?
2-Apakah kamu mengumpulkan dunia atau dunia mengumpulkan kamu?
3-Apakah kamu mematikan dunia atau dunia mematikan kamu?
So fikir-fikirkan lah~
No comments:
Post a Comment